Sunday, 5 February 2017

Sunday, 5 February 2017|20:58 | borak
BLOGGER SINCE 2009



ASSALAMUALAIKUM dan HAI semua. 
sekian lama tak menulis ni rasa macam newbie pulak dah . hehehe. 😅
Terima Kasih buat followers yang setia selama bertahun2 walaupun Amoy tak aktif hampir 4tahun!
Terima kasih banyak2!👐

selama berada dalam dunia blog ni, ada banyak blog yang dah Moy buat dari tahun 2009 lagi. masa tu umur 16tahun. sekarang dah berapa tahun? sekejap lagi Moy bagitau. hihihi . 🙈

sejak 2009 tu Moy mula belajar tentang blog. mula blogwalking dari blog ke blog lain. macam2 cerita dan topik. Bukan tu saja tau, blog mereka sangat2 la kemas , cantik dan comel gila !😍 Pernah terfikir masa tu nak hias blog..tapi masih tak tahu lagi apa2 tentang blog ni. Email/Gmail pun guna yg tak wujud! kikiki . Tu la sebabnya blog Moy selalu hilang. Tapi tetap tak putus asa buat baru dan baru lagi! degil kan. kekeke.. 😝

sampai satu tahap tu, 2012, blogger/google taknak terima dah email yg tak wujud untuk sign in ke blog. aduhh risau sangat masa tu! sebab blog dah cantik, comel, siap dah daftar CONTEST BLOG PALING COMEL! Masa ni la sangat2 dugaan masa join contest ni. Blog hancur, akaun blog hilang, dan blog NOT FOUND! memang rasa nak nangis. tinggal beberapa hari saja lagi contest nak TUTUP. Dengan hati yg bkobar2 nak menang tu, April 2012, Moy kuatkan hati untuk register blog baru dan email. EDIT BLOG semula. COPY 100% Design blog lama. bukan senang wehh! 😭 banyak code yang perlu di editkan semula, sebab semuanya bermula dari ZERO TO HERO! ececeh. 😂 last2 , dapat NO.2 dalam contest tu tapi kena tipu pulak! Hadiah yg dijanjikan tak sampai dan owner contest sepi sampai la sekarang. ~~ wuuut..

2013, Moy mula kurang 'berblog'.
Masa tu dah betul2 fokus kat bisnes online. Alhamdulillah.
blog pun mula bersarang dengan jayanya ~ haha! 😅

2016, hasrat nak mula semula tulis blog dan blogwalking ke blog lain! woahhh best ~ best ~ best ~~ 👍
Tapi tak kesampaian, sebab masa sangat2 limited. eceh! hihihi. 😏 Order pun berlambak nak kena siapkan, so simpankan je la hasrat tu dalam hati eh..masa tu langsung tak terfikir , boleh je tulis blog tanpa guna laptop ke pc ke n whatever la kan..tapi kalau nak edit blog kena la guna laptop. Jenuh oi nak cari code guna handphone je. hihihihi. 🙆

2017, inshaAllah Moy akan lebih aktif sedikit untuk blog yang agak simple ni. Apa2 yang nak tanya , untuk hiaskan blog ke, susun atur blog ke. Atau lain2..boleh je bertanya. jangan malu~ Ok. ni saja yg Moy nak kongsi. jangan lupa FOLLOW k! Banyak hobi Moy yg nak dikongsikan kat korang semua!


FOLLOW :
@puteri_ichigo_collections
@rby_bjd.shop

LIKE FACEBOOK :
Puteri Ichigo Collections


No comments:

Post a Comment