RbY Hobbies

Friday 31 March 2017

Anak Patung Moden @ Ball Jointed Doll (BJD)

Friday 31 March 2017|01:42 | 3 borak
Anak Patung Moden @ Ball Jointed Doll (BJD)


ASSALAMUALAIKUM dan HAI semua!
kali ni Moy nak cerita tentang 40% daripada hobi yg Moy suka..
Siapa tahu tentang anak patung moden? kat mana-mana boleh jumpa gambar anak patung ni. Lagi2, untuk cover beg , buku , dompet, dll ..Tapi Moy tahu, ramai yang tak tahu tentang anak patung moden ni..cuba tengok gambar dibawah..

 haa...ni Moy punya..comel tak? hihi

Anak patung moden atau lebih dikenali sebagai BALL JOINTED DOLL. (BJD)
Moy mula minat dengan BJD 2 tahun yang lepas..Disebabkan Moy ni rajin buat research , jadi Moy pun jumpa website yang jual BJD. Moy akan bagitahu website tu di entri yang seterusnya. 


BJD dengan anak patung yang biasa sangat2 berbeza..dari segi keistimewaan nya serta harga yang sangat expensive mungkin..
Antara keistimewaan BJD ialah boleh buat macam2 gaya..setiap sendi ada jointed ball seperti siku, lutut, kepala, mata, bahu dan ada juga jari jemari tu boleh jointed juga tau! aww bestnya!
Jadi, boleh la buat macam2 gaya kita suka! hehe. boleh dikatakan 50% sama macam robot, tapi tidak menggunakan bateri. BJD diperbuat daripada clay khas..Nak buat sendiri boleh gunakan clay  La Doll . Ada 2 jenis BJD, ABS PLASTIC atau RESIN..Moy punya resin..Bukan tu saja tau, di dalam badan BJD ada getah elastik bagi menghubungkan setiap jointed ball tu dengan bahagian2 yang lain seperti kaki, tangan, badan, dan kepala..Kebanyakkan nya BJD ni datang daripada KOREA, JEPUN, CHINA dan dari negara2 luar. Malaysia takde company BJD lagi tau. kekeke


Dari segi wajah pulak, berbeza mengikut company nya tersendiri. Jantina lelaki dan perempuan. Jadi faham2 la kan. hihihi. Seperti yang Moy bagitahu kat atas tadi, harga untuk BJD boleh dikatakan sangat expensive..Harga bermula daripada RM200-RM5000 mengikut saiz yang kita pilih. BJD ni ada pelbagai saiz, YOSD/MSD/SD , 15cm-70cm , ada jugak sampai 100cm tau. fuuuu~ Untuk pengetahuan semua, BJD ni hanya dijual kepala dan anggota badan sahaja..Lain2 seperti mata, bulu mata, rambut, make up / face up , kasut, baju, seluar, dll dijual asing. Ada jugak syarikat yang jual kepala sahaja atau badan sahaja..Jadi, semua tu kena beli la kalau nak nampak comel dan cantik. Tapi, baju BJD Moy buat sendiri je! jimat sikit! kekeke..Yang llain2 Moy beli je, kadang2 face up pulak Moy dapat FREE, face up sendiri, kalau malas2 tu, p hantar kat kawan je suruh face up. UPAH face up RM35-RM100 ke atas..Ikut jugakla..Nak yang cantik kena keluar lebih sikit...hihihi..


Ramai jugak yang tanya Moy , 

Kenapa BJD ni mahal? 
Anak Patung je pun?
 Tak boleh bergerak pulak tu?

YUP! Memang mahal, tapi ada ke jumpa anak patung wajahnya macam BJD ni ? 
YUP! Memang anak patung, tapi sangat berbeza daripada anak patung yang lain.